Musee Platinum Tokyo, The Curve

Assalamualaikum! Sorry uols semua, kali ini saya nak cerita pasal bab geli2 sikit. Hehe. Tapi bab ni penting tau sebab kita sebagai perempuan kena la jaga kebersihan, betul tak? Haa.. Nak cakap pasal apa ni? Mari tengok gambar kat bawah!

Image

Haa! Menarik tak? So nanti tak payah lah susah2 asyik nak cantas je kat bahagian tu kan? Saya pun memang dah lama usha2 nak buat IPL treatment. Tapi takut la plak kan. Nampak kat Groupon offer macam ni terus grab je lah. Google pasal Musee Platinum ni nampak macam ok je review dia.

Apa lagi? Terus la call buat appointment. Yang angkat tu staff dia cakap macam slang2 orang Jepun. Ok, memang orang Jepun pun. Baik sangat dia, sopan santun plak tu. Hehe..

Musee Platinum Tokyo ni kat Malaysia ni ada kat dua tempat je: The Curve & Fahrenheit88. Yang saya pergi ni kat The Curve. Staff yang sambut saya masa tu nama dia Ms. Ai. Dia memang dari Jepun tau. Senyum je muka dia. Dia baru kerja kat Malaysia selama 3 bulan. Lagipun Musee ni baru je ada kat Malaysia ni 3 bulan. Rasanya mesti dia nak train pekerja2 yang kat Malaysia ni kot. Mengikut Ms. Ai, Musee Platinum Tokyo ni memang popular kat Jepun. No. 1 Hair removal salon kat Jepun. Wow! tergamam sekejap! Hehe..

Mula2, saya di jemput masuk kat consultation room yang sangat cute. Dia hidangkan secawan Teh Hijau. Ok, dah memang orang Jepun suka minum Green Tea kan? Hehe.. Dalam room tu, dia terangkan la pasal treatment yang mereka tawarkan. Mereka guna SSC treatment which is lain sikit dari IPL. SSC ialah Smooth Skin Control Hair Removal dimana mereka jamin tak sakit langsung & kulit kat area itu akan jadi lembut & licin. Menarik! Hehe.. Dia tunjukkan gambar sebijik macam kat bawah ni:

Image

Macam itu lah cara2 dia mematikan akar2 rambut tersebut. Hehe.. Lepas itu, dia jelas kan kelebihan2 SCC ni:

Image

Ok, rasa macam beruntung sangat pilih Musee. Yang paling saya suka ialah dia tak paksa pun kita beli product2 merepek ke apa. Dia cuma terangkan tentang pilihan2 rawatan yang lain je. Salon ini hanya untuk hair removal je tau. Facial2 ke, spa2 ke tak ada ye. Hehe..

Habis je consultation, Ms. Ai bawak saya ke bilik persalinan untuk tukar baju. Kemudian, pergi ke treatment room dan bermula la prosesnya. Mula2 dia bagi pakai kaca mata untuk melindungi mata kita dari cahaya laser. Lepas itu, dia letak cooling gel kat tempat tersebut. Hehe.. Seterusnya, bermula lah dia laser2 kat tempat tu. Tak sakit langsung pun ok. Kejap je dia buat. 3 minit je. Dah habis treatment, dia letakkan cooling pad selama 5minit supaya kulit tak panas. Akhir sekali dia letak moisturizer kat kulit. Haa.. dah siap! Sekejap je kan?

Sepanjang proses, Ms. Ai sangat bersopan santunnya alahai. Suara lembut je. Senyum tak pernah lepas dari muka dia. Hehe.. Biasalah budaya orang Jepun kan? Session seterusnya lagi 2 bulan. Dia kata, lepas 2 minggu ni akan nampak perubahan. Sekarang ni baru 1 minggu, jadi belum nampak apa2 perubahan lagi la. Hehe.

Masa nak balik tu, siap dia tunduk lagi sambil cakap ‘Arigato Gozaimasu!’. Oh! Aku rasa macam kat Jepun je. Hehe.. Siap teringin nak pergi makan sushi plak lepas tu. (Haha.. Geds!) Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Musee Platinum Tokyo, sila click link kat bawah ni, ok?

http://www.musee-pla.com.my/

Thanks for reading! Arigato gozaimasu! Tata~

Advertisements