Creambath: Rejoice & Nu’della creambath

Hello ladies!

Pernah x dengar pasal creambath? Creambath ni sangat popular kat indonesia. Creambath merupakan urutan pada kulit kepala & rambut untuk rawatan. Selalunya kat spa2 ada buat creambath. Rambut akan jadi sgt lembut & kulit kepala akan rasa segar sangat. Tapi kalau nak pergi spa banyak kali memang tak dapat la kan? Duit dan masa tak mengizinkan. Kalau kat indonesia, berlambak produk creambath.

Tapi kat malaysia ni susah sikit nak cari produk creambath. Kena tanya terus kat spa la kot. Tapi spa tu pun tak jual sebab beli pukal terus. So, yang saya sempat jumpa setakat ni ialah produk Rejoice & Nu’della.

20140323-175928.jpg

20140323-175954.jpg

1) Rejoice Rich Creambath
Senang je nak dapat kat Watson. Harga pun murah, RM7 je. Masa beli ni saya tak confident samada effect dia sama dengan rawatan kat spa. Tapi memang tak sangka sangat wanginya boleh bertahan lama. Kiranya this product is so not bad la. Rambut pun lurus dan lembut je. Tapi yang tak bestnya, kena pakai banyak baru nampak effect dan saya tak rasa dia membantu sangat untuk sihatkan kulit kepala.

2) Nu’della Herba Creambath
Produk ni saya beli kat Nu’della spa kat shah alam. Harga ialah RM45. The first thing I noticed ialah the green slimy texture & the smell is not so pleasant. I was thinking, I am not putting that on my head. But I did it anyway! Hahaha… And please don’t judge a book by its cover. Saya suka bila urut kat kulit kepala, rasa nyaman sekali. Pastu tak perlu guna banyak, guna sikit pun dah cukup untuk rambut jadi lembut dan lurus. Saya suka produk ni walaupun tak wangi. Hehehe.. Rambut pun jadi kurang gugur bila kulit kepala dah sihat.

Pada pendapat saya, wanita yang bertudung kalau boleh buat lah creambath seminggu sekali. Sebabnya rambut kita terperap je dalam tudung, so kulit kepala pun jadi gatal & rambut banyak gugur. Huhu.. Creambath sangat membantu untuk menyegarkan dan sihatkan kulit kepala. Eh macam iklan pula. Hehehe..

Cuma masalahnya, susah nak cari produk creambath kat Malaysia ni. Kalau kat indonesia yang paling popular ialah produk Makarizo. It works wonderfully amazing! Kat Malaysia tak ada lagi produk tu. So sesiapa yang tahu apa lagi produk creambath yang ada kat Malaysia ni, silalah share dengan memberi komen kat bawah ye. Sharing is caring! Tata~

20140323-181847.jpg

20140323-180613.jpg

20140323-180640.jpg

Pore Brush

Hi semua! Excited sangat hari ni sebab nak review barang baik punya. Hehe.. Jom2 tengok!

Image

Pernah tak korang rasa masa cuci muka rasa muka macam tak bersih je? Macam nak cuci banyak kali je? It happens to me many times. Jari kita tak dapat nak bersihkan liang-liang roma kat muka walau tonyoh macam mana pun. Sebab tu sekarang ni tengah hot kat korea pakai cleansing tools. Yang paling mahal tu Clarisonic yang jual kat Sephora tu. Memang tak lah nak beli kan.

For beginners, saya suggest guna yang murah dulu. Mana tau tak sesuai dengan kulit muka kan. Pore Brush ni saya tersangat2 lah suka. Berus dia sangat lembut kalau di bandingkan dengan Clarisonic. Lembut sangat dan tak rosak kan kulit. Berus dia diperbuat daripada synthetic material. Handle dari PVC. Ada jugak handle yang diperbuat dari kayu. Elok je pegang.. Kena2 lagi kalau tangan kecil molek. Hehehe…

Image

Berus dia dikatakan lebih kecil dari liang roma. Jadi apa2 kotoran yang berada kat pores tu akan tanggal. Saya cuci muka pakai pore brush hanya sekali sehari pada waktu malam je.  Sebab nanti kalau banyak sangat kulit akan kering. Gunakanlah dengan pencuci muka yang korang suka ye. Sejak pakai pore brush, jarang dah keluar whiteheads ke jerawat ke blackheads ke.. Ini menunjukkan pores kita betul2 bersih sebelum tidur. Serum dan moisturizers pun senang je meresap masuk dalam kulit. Rasa tak rugi beli alat ni walaupun nampak macam tak perlu je. Hehe..

Bagi yang suka pakai make-up hari2, saya suggest guna lah alat ini untuk bersihkan muka sebelum tidur. Sebab takut lah tak bersih plak pakai tangan kan. Nanti keluar jers sana sini. Huhu~

Ok girls! About the price… Saya beli kat BeautyLicious dengan harga RM35. Kalau rajin google, boleh je dapat harga yang lebih murah. So apa lagi? Let’s do the justice to our skin. 🙂

Mustika Ratu: Syampu Bayam, Bilasan Santan & Ramuan Penyubur Rambut

Assalamualaikum! Kali ini nak review product plak. Hehe… Geds!

Oh no! Rambut gugur? Ya! Saya mengalami masalah itu. Memang sangat tak suka! Sebenarnya dari zaman sekolah menengah lagi dah gugur rambut. Tapi masa itu tak lah banyak sangat. Sejak setahun lebih ni macam makin banyak pula gugur. Masa syampu rambut memang sangat takut tengok rambut gugur kat lantai. Argh! Tak boleh jadi ni. Lama2 boleh botak!

Macam2 produk dah pakai. You name it! Pantene, Dove, Head & Shoulder, bla bla bla… Semua tak jalan. Jadi, pergi lah Iris Salon & Spa yang kat Shah Alam tu. Mengadu lah kat Dilla. Dilla kata tak apa, buat hair treatment dulu. Dilla pun terkejut tau rambut gugur banyak gila. Sekarang masih lagi buat hair treatment kat sana, 2 kali sebulan tau. Ok lah, ada improvement sikit tapi still gugur.

Dilla ada cadangkan guna Syampu Bayam Mustika Ratu sekali dengan Bilasan Santan & hair tonic penyubur rambut. Ok Dilla, I trust you! Hehe..

Sekarang dah seminggu dah pakai semua produk2 tu. Alhamdulillah, rambut gugur dah berkurangan. Dah tak se-ngeri dulu. Kulit kepala dah tak gatal2 dah. Happy nya!

ImageImageImage

Cara pemakaian: Mula2 basahkan rambut. Syampu rambut dengan Syampu Bayam. Usap perlahan2 kat kulit kepala & rambut. Lepas itu bilas. Kemudian ambil Bilasan Santan. Bilasan Santan ni guna macam conditioner. Usap perlahan2 kat rambut, terutama kat hujung rambut tu. Jangan letak kat kulit kepala tau. Biarkan 5 minit (Kalau lagi lama, lagi bagus!), kemudian bilas. Keringkan rambut. (Pastikan rambut betul2 kering) Kemudian, letak Ramuan Penyubur Rambut dekat kulit kepala. Urut2 sikit biar masuk segala ramuan2 yang best2 kat kulit kepala. (Bau dia sangat wangi! Saya suka!) Siap! Senang kan?

Enjoy your healthy & lovely hair. 😉

Thanks for reading! Tata~

Nu-della Islamic Spa, Shah Alam

Assalamualaikum! Hello! How are you?

Ok, malas nak buat intro panjang2. Beginilah ceritanya. Hari itu, pergi Shah Alam jumpa member. Lepas itu, terdetik lah hati nak cuba Nu-della Islamic Spa ni. Sebenarnya, memang dah aim nak pergi tengok2, tapi susahnya nak cari masa yang sesuai. (Ok, budget busy lah tu!)

Jadi, telefon awal2 tanya ada kekosongan ke tidak hari itu. Alhamdulillah, dapat juga slot-in. Hehe.. Owner dia nama Puan Saripah. She’s so sweet! Hari itu nak cuba spa kaki je, tapi bila tengok tangan pun macam mengharap kena pamper, jadi ambil lah spa tangan sekali. (Kesian ye Cik Tangan. Nak juga ye?) Tiba2 Puan Saripah cakap, kenapa tak ambil satu badan je? Hmm… Betul juga. Tapi tak boleh lah. Tengah ehem2.. Hehe..

Mari tengok gambar2 yang berjaya saya snap! Yay!

Tempat buat facial

Tempat buat facial

Tempat salon rambut

Tempat salon rambut

Tempat cuci rambut dan tempat spa kaki & tangan

Tempat cuci rambut dan tempat spa kaki & tangan

Mula2, kaki kena rendam dalam air suam yang ada bunga2 & herba2 selama lima minit. Kemudian, kaki kena basuh dengan cleanser Nu-della siap kena urut2 lagi. Best! Tak cukup dengan itu, kaki kena sental dengan coffee scrub lagi. Sangat best dia sental ok! Puas hati. (Tamat lah riwayat kesan degil. Haha..) Lepas itu, letak mask sampai ke bawah lutut. Tunggu kering, then basuh. Dan tibalah masa yang di tunggu2.. Foot massage! Pergh! Best sangat kena urut. Macam nak tertidur pun ada. Nasib baik tengah duduk, kalau tengah baring masa tu, memang dah selamat lah tidur. Hehe.. Akhir sekali, sapu lotion with final massage. Terbaik! Tangan pun dia buat dengan rutin yang sama.

Memang best! Kulit lepas tu nampak lebih cerah & licin gitu. (Eh? Macam buat iklan plak) Secara keseluruhannya, memang puas hati. (Cuma purse je yang tak puas hati. Oops!)

Ada banyak lagi servis yang ditawarkan. Puan Saripah baik je layan soalan2 saya yang merepek. Hehe.. Ada satu tu yang pasal rawatan payudara. Haa? Apa tu? Ok, ada juga rawatan macam ni ye. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah click link2 kat bawah ni ye.

http://nu-dellaislamicspa.blogspot.com/

http://en-gb.facebook.com/people/Spa-Nu-della-Shah-Alam/100002287038307

Thanks for reading! Tata~