Mustika Ratu: Syampu Bayam, Bilasan Santan & Ramuan Penyubur Rambut

Assalamualaikum! Kali ini nak review product plak. Hehe… Geds!

Oh no! Rambut gugur? Ya! Saya mengalami masalah itu. Memang sangat tak suka! Sebenarnya dari zaman sekolah menengah lagi dah gugur rambut. Tapi masa itu tak lah banyak sangat. Sejak setahun lebih ni macam makin banyak pula gugur. Masa syampu rambut memang sangat takut tengok rambut gugur kat lantai. Argh! Tak boleh jadi ni. Lama2 boleh botak!

Macam2 produk dah pakai. You name it! Pantene, Dove, Head & Shoulder, bla bla bla… Semua tak jalan. Jadi, pergi lah Iris Salon & Spa yang kat Shah Alam tu. Mengadu lah kat Dilla. Dilla kata tak apa, buat hair treatment dulu. Dilla pun terkejut tau rambut gugur banyak gila. Sekarang masih lagi buat hair treatment kat sana, 2 kali sebulan tau. Ok lah, ada improvement sikit tapi still gugur.

Dilla ada cadangkan guna Syampu Bayam Mustika Ratu sekali dengan Bilasan Santan & hair tonic penyubur rambut. Ok Dilla, I trust you! Hehe..

Sekarang dah seminggu dah pakai semua produk2 tu. Alhamdulillah, rambut gugur dah berkurangan. Dah tak se-ngeri dulu. Kulit kepala dah tak gatal2 dah. Happy nya!

ImageImageImage

Cara pemakaian: Mula2 basahkan rambut. Syampu rambut dengan Syampu Bayam. Usap perlahan2 kat kulit kepala & rambut. Lepas itu bilas. Kemudian ambil Bilasan Santan. Bilasan Santan ni guna macam conditioner. Usap perlahan2 kat rambut, terutama kat hujung rambut tu. Jangan letak kat kulit kepala tau. Biarkan 5 minit (Kalau lagi lama, lagi bagus!), kemudian bilas. Keringkan rambut. (Pastikan rambut betul2 kering) Kemudian, letak Ramuan Penyubur Rambut dekat kulit kepala. Urut2 sikit biar masuk segala ramuan2 yang best2 kat kulit kepala. (Bau dia sangat wangi! Saya suka!) Siap! Senang kan?

Enjoy your healthy & lovely hair. 😉

Thanks for reading! Tata~

Advertisements

Iris Salon & Spa, Shah Alam

Assalamualaikum!

Ok, first post untuk blog ni tiba-tiba pasal spa kan? Haha.. Sorrylah, excited sikit. (Sikit lah sangat!)

Sebenarnya, tergerak hati nak pergi spa ni pun sebab ada rakan sekerja yang suggest. Agaknya dia nampak muka saya letih sangat kot. (Ok, bajet kerja rajin sangat la tu!) So, pergi lah google spa untuk muslimah. Bila dah survey2 tengok Iris Salon & Spa macam best. So, apa lagi, angkat phone buat appointment! Booked nak ambik pakej pink Iris.

Tak ada lah susah sangat nak cari sebab pakai GPS je. Hehe.. Spa dia kecik je tapi design kat dalam tu sangat lawa & menenangkan jiwa. Belum buat apa2 lagi dah tenang! Dahsyat tak? Ok, xpayah over ye. Hehe..

Staff dia nama Dilla tu baik sangat. Peramah! First sekali dia buat facial. Dia guna product Amway. Best sangat dia urut2 muka ni. Tapi yang x best tu time extraction sebab sakit. Huhu.. Tapi tahan je lah. Biar dia buang semua blackheads, whiteheads, purpleheads, apa2 heads lah yang ada kat muka ni. Alahai, bestnya muka lepas buat facial tu. Rasa lembut & bersih je. Tak pernah rasa bersih macam ni kalau buat kat rumah. (Ceh.. Over lagi!)

Ok, lepas tu, dia buat body scrub & body mask. Scrub dia suruh pilih nak zaitun ke coffee scrub. Saya pilih je coffee sebab bau dia lagi best. Ok lah, not bad! Cuma time nak tunggu body mask tu kering, alahai sejuknya lah menunggu. Huhu.

Last but not least, time untuk sport massage! Ok, terasa macam ngeri nak kena urut sebab saya ni kurus. Takut lah tulang patah ke apa ke. Tapi dia urut best je. Tak ada lah bantai kuat2. Yang ini memang terbaik lah! Lenguh2 kat badan semua hilang. Rasa fresh macam nak pergi lari satu padang je. (Ok, sudah2 lah tu overnya ye!)

Itu je lah yang saya mampu type untuk first post ni. Sorry lah tak ada gambar sebab tengah asyik menikmati ketenangan. (Cewahhh!)

Kalau nak tau lebih info pasal spa ni, boleh lah click link2 kat bawah ye. (Senang kerja kan? Bagi link je. Pemalas betul!) Tata~

https://www.facebook.com/IrisSalonSpa

http://irissalonandspa.blogspot.com/