Eazy Mask Exfoliating and Moisturizing Foot Mask

20140423-153819.jpg

Hi semua! Cakk! Hehe.. Kali ni saya nak review pasal mask untuk kaki. Ok macam pelik je kan kaki pun kena mask. Jangan tak tau, perlu lah.. Hehe.. Bagi tapak kaki yang kulit pecah-pecah kerana dek kuat berjalan ke kuat bekerja je, foot mask ini sangat bagus untuk korang. Nak tau macam mana fungsinya? Jom kita tengok review di bawah…

20140423-154308.jpg

20140423-154501.jpg

Haa.. Macam mana nak pakainya? Senang je. Mula-mula buka lah paket tu. Lepas tu nampaknya macam kat bawah ni…

20140423-154727.jpg

20140423-154838.jpg

Cuci kaki bersih-bersih dengan sabun & air. Keringkan kaki dengan tuala. Ambik mask & gunting hujungnya ikut garisan putus-putus. Essence kat dalam mask tu sangat wangi. Saya suka! Hehe.. Kemudian sarungkan mask tu kat kaki macam pakai stokin gitu. Tekan-tekan sikit mask tu supaya semua bahagian kaki kena essence. Kemudian, ambik plaster merah macam gambar kat atas tu dan tampal pada mask supaya mask secure kat kaki. Kalau nak lebih baik, boleh sarungkan stokin atas mask tu supaya essence lebih senang menyerap pada kaki & korang pun boleh lah berjalan-jalan kat dalam rumah.

Masa pakai mask ni, kaki tak ada lah rasa sakit ke apa. Cuma rasa panas je terutama kat bahagian atas kaki sebab mungkin kulit kat atas kaki lebih nipis berbanding kulit tapak kaki yang tebal. Biarkan mask selama 45minit atau sehingga korang rasa tak tahan sangat dengan kepanasan essence tu boleh lah buka. Manalah tau kulit sensitive ke apa, kena lah terus buka.

Immediate effect lepas buka mask tu, kaki nampak berkedut-kedut sebab lama sangat berendam dalam essence tu kan. Kulit belum mengelupas lagi. Kaki rasa macam numb sikit tapi not too bad. Terus cuci kaki dengan air. Saya suggest lepas tu rendam kaki dalam air suam. Kulit kaki saya mengelupas selepas hari ketiga & betul-betul complete mengelupas selepas sebulan. Lama sebab depends dengan kadar pembaharuan kulit masing-masing dan saya jugak malas nak kisah pasal kaki. Just biar je macam tu, sampai adik saya ingat kulit kaki saya kena infection. Hehe…

Untuk pengelupasan kulit kaki yang lebih cepat, saya cadangkan masa minggu pertama, rajin-rajinkan lah merendam kaki dalam air suam. Kemudian lepas seminggu, rajin-rajin jugak sapu minyak zaitun kat kaki sebelum tidur. Pakai stokin lepas sapu minyak zaitun kat kaki supaya tilam semua tak kotor kena minyak ye. Nak sapu lotion pun boleh, tapi ikut pengalaman saya minyak zaitun lebih bagus untuk memudahkan pengelupasan kulit kaki. Saya buat macam ni bila kali kedua saya pakai foot mask ni. Kulit kaki habis mengelupas dalam masa 2 minggu. Haa.. Cepatlah sikit dari sebulan kan? Hehe..

Hasilnya, kulit tapak kaki yang pecah-pecah, merekah & kasar jadi licin dengan kulit baru macam baby gitu. Kena la bersabar ye masa pakai mask ni sebab bukan immediate effect. Tapi effect pengelupasan kulit tu hanya terjadi pada tapak kaki saya je, kat atas kaki tak ada effect apa-apa pun. Mungkin essence tak kena ke apa saya tak tau lah. Kulit atas kaki tu pun need love jugak. Huhu.. Tapi tak apa, overall saya suka foot mask ni.

Eazy mask untuk tangan pun ada jugak, tapi saya belum guna lagi. Nanti dah guna saya buat review ye. Hehe.. Thanks for reading my dearies!

Cheers~

Advertisements