Beyond Beauty USJ Taipan

Hi korang! Today saya nak buat review pasal spa plak. Saya dah setahun lebih jadi regular customer untuk Beyond Beauty USJ Taipan. So now it’s time for me to review and give my opinion about the services they provided. Semuanya bermula selepas saya ambil groupon ini:

Image

1) Full body Swedish massage

Saya sangat suka body massage especially after penat bekerja. Segala sengal2 otot akan hilang dan badan akan rasa segar. Selain itu, massage jugak baik untuk memastikan blood circulation lancar kat otot2 dan kulit. Maka senanglah nak buang toxin2 kat badan tu.

Mula2, badan akan di scrub dengan menggunakan ginger scrub. Kemudian, pakai strawberry mask kat badan. Selepas itu, badan akan di balut dengan hot blanket selama 15minit. Habis badan berpeluh2. Saya tahan 10minit je sebab tak tahan panas. Huhu. After that, kita akan di suruh mandi kat shower. Lepas dah mandi, barulah badan di urut dengan essential oils. (P/S: Boleh je nak pakai massage oil biasa. Tapi saya ambil essential oils after di recommend. RM50 untuk sebotol. Saya rasa tak perlu pun nak beli. Pakai massage oil biasa pun dah ok.)

I love the massage so so much! Sebab tu saya pun beli massage package. Lagipun dekat dengan rumah. Senang nak terus pergi lepas kerja. The price is quite pricey tapi sangat berbaloi. Massage dia pun bukan yang menyakitkan. So ok lah tu kan? Hehe..

2) Oxygen Facial

Basically untuk facial ni, the highlight is that after letak serum, muka akan di pump dengan oxygen, jadi serum2 akan lebih masuk ke dalam kulit. Ok, macam menakutkan je pump tu kan? Haha.. Bukan pump masuk kena injection ke apa. Just alat tu dia pump oxygen kat kulit muka je. Saya suka sebab facial ni sangat cepat effect dia. Lepas facial ni, dark circles saya hilang, kulit lebih cerah & hydrated. Tapi yang tak bestnya, effect ni bertahan 3 hari je tau. *Sigh*

3) Microdermabrasian

Ini adalah facial kesukaan saya sangat2! Highlight dalam facial ni, dia gunakan mesin untuk peel kan kulit2 mati kat muka kita. Tak sakit pun sebab mild peeling je. Lepas peeling, muka akan disapukan dengan soothing gel. Effect dia, muka akan lebih putih, bekas2 jerawat lebih pudar, kulit lebih licin & yang best kat rumah kalau pakai serum ke moisturizer ke akan senang serap masuk dalam kulit. I love it! Tapi facial ni tak boleh buat kerap sangat. Paling kerap pun sebulan sekali untuk bagi peluang kepada cell renewal. Kalau tak nanti muka kering & sensitive sangat. So be careful ya girls!

3) LHE facial

Ok, secara jujurnya, saya di janjikan yang facial akan hilangkan scars2 kat muka saya. However, I don’t it did a great job on that. Dah lebih 10 sessions saya buat LHE facial, tapi I don’t see if it has any effect on my acne scar. Sangat mengecewakan. LHE ni stands for Light Heated Energy (kot?). Adik kepada Laser Treatment. Tapi sangat2 mild kepada kulit. Tak ada lah effect kulit mengelupas ke apa macam Laser yang sebenarnya. Tapi wait! jangan kecewa sangat dulu. LHE ni sangat bagus untuk menegangkan kulit2 muka, hilangkan eyebags & cerahkan kulit. Serum & moisturizer pun senang nak menyerap lepas tu. Pipi yang kendur pun jadi lifted gitu. Tapi sebab muka saya bukan jenis matured skin, so saya tak nampak sangat effect tu. So for this facial, saya recommend kepada those with matured skin je. Yang masih muda belia tu tak payah lah kot ye. Hehe..

4) Anti-Acne Facial

This is the most painful & unnecessary facial that I bought. Sebabnya during facial ni, dorang akan extract kaw2 punya, and sangat sakit. Lepas tu, kulit akan banyak scars2. Dah lah susah nak hilangkan scars. I don’t have any good reviews for this facial. It’s too aggresive for me. Sorry!

5) Aromachroma Facial

Dalam facial ni ada 4 jenis warna: Biru, hijau, merah & kuning. Biru untuk kulit sensitive (soothing facial), hijau untuk acne prone skin, merah untuk anti-aging & kuning pulak tak ingat untuk apa sebab tak pernah cuba lagi.

Ibu saya dah cuba yang warna merah & biru. Untuk pengetahuan semua, ibu saya mempunyai kulit yang sangat sensitive. Tak boleh pakai product sembarangan, nanti mesti akan naik merah2 kat kulit. Tapi ibu saya sangat suka facial warna biru & merah ni sebab sangat sesuai dengan kulit muka ibu saya. Facial ini tak ada guna mesin pun. Tapi dia ada mask, serum & ampoules yang sesuai dengan treatment yang kita nak.

As for me, saya pernah cuba yang warna hijau. I love it so much! Kulit rasa sangat di belai2. Produk2 yang dia pakai pun wangi sangat & sesuai untuk mereka yang nak relax masa facial. Aromachroma ni menggunakan basic aromatherapy dalam facial treatment. Saya suggest facial ini untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive & kulit2 remaja ok? Sebab tak elok pakai mesin bagai2 kalau kulit muka tu sensitive & muda lagi. Kan kan?

Ok, tu je servis2 yang saya pernah cuba. Ada banyak lagi servis yang lain. Dari segi price, memang quite pricey, tapi memang kena lah dengan quality service dorang. One thing about lagi, dorang agak suka push utk sales, beli itu beli ini. Tapi dorang tak force once you said ‘NO’ to them. So kalau tak suka, cakap je tak suka. They are very professional. Tata~

Advertisements

Musee Platinum Tokyo, The Curve

Assalamualaikum! Sorry uols semua, kali ini saya nak cerita pasal bab geli2 sikit. Hehe. Tapi bab ni penting tau sebab kita sebagai perempuan kena la jaga kebersihan, betul tak? Haa.. Nak cakap pasal apa ni? Mari tengok gambar kat bawah!

Image

Haa! Menarik tak? So nanti tak payah lah susah2 asyik nak cantas je kat bahagian tu kan? Saya pun memang dah lama usha2 nak buat IPL treatment. Tapi takut la plak kan. Nampak kat Groupon offer macam ni terus grab je lah. Google pasal Musee Platinum ni nampak macam ok je review dia.

Apa lagi? Terus la call buat appointment. Yang angkat tu staff dia cakap macam slang2 orang Jepun. Ok, memang orang Jepun pun. Baik sangat dia, sopan santun plak tu. Hehe..

Musee Platinum Tokyo ni kat Malaysia ni ada kat dua tempat je: The Curve & Fahrenheit88. Yang saya pergi ni kat The Curve. Staff yang sambut saya masa tu nama dia Ms. Ai. Dia memang dari Jepun tau. Senyum je muka dia. Dia baru kerja kat Malaysia selama 3 bulan. Lagipun Musee ni baru je ada kat Malaysia ni 3 bulan. Rasanya mesti dia nak train pekerja2 yang kat Malaysia ni kot. Mengikut Ms. Ai, Musee Platinum Tokyo ni memang popular kat Jepun. No. 1 Hair removal salon kat Jepun. Wow! tergamam sekejap! Hehe..

Mula2, saya di jemput masuk kat consultation room yang sangat cute. Dia hidangkan secawan Teh Hijau. Ok, dah memang orang Jepun suka minum Green Tea kan? Hehe.. Dalam room tu, dia terangkan la pasal treatment yang mereka tawarkan. Mereka guna SSC treatment which is lain sikit dari IPL. SSC ialah Smooth Skin Control Hair Removal dimana mereka jamin tak sakit langsung & kulit kat area itu akan jadi lembut & licin. Menarik! Hehe.. Dia tunjukkan gambar sebijik macam kat bawah ni:

Image

Macam itu lah cara2 dia mematikan akar2 rambut tersebut. Hehe.. Lepas itu, dia jelas kan kelebihan2 SCC ni:

Image

Ok, rasa macam beruntung sangat pilih Musee. Yang paling saya suka ialah dia tak paksa pun kita beli product2 merepek ke apa. Dia cuma terangkan tentang pilihan2 rawatan yang lain je. Salon ini hanya untuk hair removal je tau. Facial2 ke, spa2 ke tak ada ye. Hehe..

Habis je consultation, Ms. Ai bawak saya ke bilik persalinan untuk tukar baju. Kemudian, pergi ke treatment room dan bermula la prosesnya. Mula2 dia bagi pakai kaca mata untuk melindungi mata kita dari cahaya laser. Lepas itu, dia letak cooling gel kat tempat tersebut. Hehe.. Seterusnya, bermula lah dia laser2 kat tempat tu. Tak sakit langsung pun ok. Kejap je dia buat. 3 minit je. Dah habis treatment, dia letakkan cooling pad selama 5minit supaya kulit tak panas. Akhir sekali dia letak moisturizer kat kulit. Haa.. dah siap! Sekejap je kan?

Sepanjang proses, Ms. Ai sangat bersopan santunnya alahai. Suara lembut je. Senyum tak pernah lepas dari muka dia. Hehe.. Biasalah budaya orang Jepun kan? Session seterusnya lagi 2 bulan. Dia kata, lepas 2 minggu ni akan nampak perubahan. Sekarang ni baru 1 minggu, jadi belum nampak apa2 perubahan lagi la. Hehe.

Masa nak balik tu, siap dia tunduk lagi sambil cakap ‘Arigato Gozaimasu!’. Oh! Aku rasa macam kat Jepun je. Hehe.. Siap teringin nak pergi makan sushi plak lepas tu. (Haha.. Geds!) Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Musee Platinum Tokyo, sila click link kat bawah ni, ok?

http://www.musee-pla.com.my/

Thanks for reading! Arigato gozaimasu! Tata~