Creambath: Rejoice & Nu’della creambath

Hello ladies!

Pernah x dengar pasal creambath? Creambath ni sangat popular kat indonesia. Creambath merupakan urutan pada kulit kepala & rambut untuk rawatan. Selalunya kat spa2 ada buat creambath. Rambut akan jadi sgt lembut & kulit kepala akan rasa segar sangat. Tapi kalau nak pergi spa banyak kali memang tak dapat la kan? Duit dan masa tak mengizinkan. Kalau kat indonesia, berlambak produk creambath.

Tapi kat malaysia ni susah sikit nak cari produk creambath. Kena tanya terus kat spa la kot. Tapi spa tu pun tak jual sebab beli pukal terus. So, yang saya sempat jumpa setakat ni ialah produk Rejoice & Nu’della.

20140323-175928.jpg

20140323-175954.jpg

1) Rejoice Rich Creambath
Senang je nak dapat kat Watson. Harga pun murah, RM7 je. Masa beli ni saya tak confident samada effect dia sama dengan rawatan kat spa. Tapi memang tak sangka sangat wanginya boleh bertahan lama. Kiranya this product is so not bad la. Rambut pun lurus dan lembut je. Tapi yang tak bestnya, kena pakai banyak baru nampak effect dan saya tak rasa dia membantu sangat untuk sihatkan kulit kepala.

2) Nu’della Herba Creambath
Produk ni saya beli kat Nu’della spa kat shah alam. Harga ialah RM45. The first thing I noticed ialah the green slimy texture & the smell is not so pleasant. I was thinking, I am not putting that on my head. But I did it anyway! Hahaha… And please don’t judge a book by its cover. Saya suka bila urut kat kulit kepala, rasa nyaman sekali. Pastu tak perlu guna banyak, guna sikit pun dah cukup untuk rambut jadi lembut dan lurus. Saya suka produk ni walaupun tak wangi. Hehehe.. Rambut pun jadi kurang gugur bila kulit kepala dah sihat.

Pada pendapat saya, wanita yang bertudung kalau boleh buat lah creambath seminggu sekali. Sebabnya rambut kita terperap je dalam tudung, so kulit kepala pun jadi gatal & rambut banyak gugur. Huhu.. Creambath sangat membantu untuk menyegarkan dan sihatkan kulit kepala. Eh macam iklan pula. Hehehe..

Cuma masalahnya, susah nak cari produk creambath kat Malaysia ni. Kalau kat indonesia yang paling popular ialah produk Makarizo. It works wonderfully amazing! Kat Malaysia tak ada lagi produk tu. So sesiapa yang tahu apa lagi produk creambath yang ada kat Malaysia ni, silalah share dengan memberi komen kat bawah ye. Sharing is caring! Tata~

20140323-181847.jpg

20140323-180613.jpg

20140323-180640.jpg