Nu-della Islamic Spa, Shah Alam

Assalamualaikum! Hello! How are you?

Ok, malas nak buat intro panjang2. Beginilah ceritanya. Hari itu, pergi Shah Alam jumpa member. Lepas itu, terdetik lah hati nak cuba Nu-della Islamic Spa ni. Sebenarnya, memang dah aim nak pergi tengok2, tapi susahnya nak cari masa yang sesuai. (Ok, budget busy lah tu!)

Jadi, telefon awal2 tanya ada kekosongan ke tidak hari itu. Alhamdulillah, dapat juga slot-in. Hehe.. Owner dia nama Puan Saripah. She’s so sweet! Hari itu nak cuba spa kaki je, tapi bila tengok tangan pun macam mengharap kena pamper, jadi ambil lah spa tangan sekali. (Kesian ye Cik Tangan. Nak juga ye?) Tiba2 Puan Saripah cakap, kenapa tak ambil satu badan je? Hmm… Betul juga. Tapi tak boleh lah. Tengah ehem2.. Hehe..

Mari tengok gambar2 yang berjaya saya snap! Yay!

Tempat buat facial

Tempat buat facial

Tempat salon rambut

Tempat salon rambut

Tempat cuci rambut dan tempat spa kaki & tangan

Tempat cuci rambut dan tempat spa kaki & tangan

Mula2, kaki kena rendam dalam air suam yang ada bunga2 & herba2 selama lima minit. Kemudian, kaki kena basuh dengan cleanser Nu-della siap kena urut2 lagi. Best! Tak cukup dengan itu, kaki kena sental dengan coffee scrub lagi. Sangat best dia sental ok! Puas hati. (Tamat lah riwayat kesan degil. Haha..) Lepas itu, letak mask sampai ke bawah lutut. Tunggu kering, then basuh. Dan tibalah masa yang di tunggu2.. Foot massage! Pergh! Best sangat kena urut. Macam nak tertidur pun ada. Nasib baik tengah duduk, kalau tengah baring masa tu, memang dah selamat lah tidur. Hehe.. Akhir sekali, sapu lotion with final massage. Terbaik! Tangan pun dia buat dengan rutin yang sama.

Memang best! Kulit lepas tu nampak lebih cerah & licin gitu. (Eh? Macam buat iklan plak) Secara keseluruhannya, memang puas hati. (Cuma purse je yang tak puas hati. Oops!)

Ada banyak lagi servis yang ditawarkan. Puan Saripah baik je layan soalan2 saya yang merepek. Hehe.. Ada satu tu yang pasal rawatan payudara. Haa? Apa tu? Ok, ada juga rawatan macam ni ye. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lah click link2 kat bawah ni ye.

http://nu-dellaislamicspa.blogspot.com/

http://en-gb.facebook.com/people/Spa-Nu-della-Shah-Alam/100002287038307

Thanks for reading! Tata~

Advertisements

Iris Salon & Spa, Shah Alam

Assalamualaikum!

Ok, first post untuk blog ni tiba-tiba pasal spa kan? Haha.. Sorrylah, excited sikit. (Sikit lah sangat!)

Sebenarnya, tergerak hati nak pergi spa ni pun sebab ada rakan sekerja yang suggest. Agaknya dia nampak muka saya letih sangat kot. (Ok, bajet kerja rajin sangat la tu!) So, pergi lah google spa untuk muslimah. Bila dah survey2 tengok Iris Salon & Spa macam best. So, apa lagi, angkat phone buat appointment! Booked nak ambik pakej pink Iris.

Tak ada lah susah sangat nak cari sebab pakai GPS je. Hehe.. Spa dia kecik je tapi design kat dalam tu sangat lawa & menenangkan jiwa. Belum buat apa2 lagi dah tenang! Dahsyat tak? Ok, xpayah over ye. Hehe..

Staff dia nama Dilla tu baik sangat. Peramah! First sekali dia buat facial. Dia guna product Amway. Best sangat dia urut2 muka ni. Tapi yang x best tu time extraction sebab sakit. Huhu.. Tapi tahan je lah. Biar dia buang semua blackheads, whiteheads, purpleheads, apa2 heads lah yang ada kat muka ni. Alahai, bestnya muka lepas buat facial tu. Rasa lembut & bersih je. Tak pernah rasa bersih macam ni kalau buat kat rumah. (Ceh.. Over lagi!)

Ok, lepas tu, dia buat body scrub & body mask. Scrub dia suruh pilih nak zaitun ke coffee scrub. Saya pilih je coffee sebab bau dia lagi best. Ok lah, not bad! Cuma time nak tunggu body mask tu kering, alahai sejuknya lah menunggu. Huhu.

Last but not least, time untuk sport massage! Ok, terasa macam ngeri nak kena urut sebab saya ni kurus. Takut lah tulang patah ke apa ke. Tapi dia urut best je. Tak ada lah bantai kuat2. Yang ini memang terbaik lah! Lenguh2 kat badan semua hilang. Rasa fresh macam nak pergi lari satu padang je. (Ok, sudah2 lah tu overnya ye!)

Itu je lah yang saya mampu type untuk first post ni. Sorry lah tak ada gambar sebab tengah asyik menikmati ketenangan. (Cewahhh!)

Kalau nak tau lebih info pasal spa ni, boleh lah click link2 kat bawah ye. (Senang kerja kan? Bagi link je. Pemalas betul!) Tata~

https://www.facebook.com/IrisSalonSpa

http://irissalonandspa.blogspot.com/